NO 49. BLOK A. JALAN KUNDANG

KG MELAYU SERI KUNDANG
48050 KUANG

SELANGOR DARUL EHSAN

Email : manisasian@yahoo.com  




PENDAHULUAN

Kami perihatin betapa ramainya anak-anak muslim khususnya hari ini yang keciciran ilmu dan didikan Islam. Situasi begini mengundang  pelbagai gejala sosial dan merosakkan akhlak yang menyedihkan dan berbahaya sekali untuk kelangsungan kehidupan di jalan kesejahteraan. Dengan keperihatinan inilah satu institusi akan dibangunkan sedikit sebanyak dapat  membantu keadaan tersebut, satu institusi yang dinamakan Pengajian Manis di tubuhkan pada 12 Rabiulawal 1430 bersamaan 9 Mac 2009 bertempat di Bukit Lanchung, Shah Alam dan kemudiannya berpindah ke Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Mulai 1hb Januari 2012 Pengajian Manis dengan rasminya beroperasi di No.49, Blok A, Jalan Kundang, Kg. Melayu Sri Kundang 48050, Kuang Selangor di tanah wakaf melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).








Pengajian Manis telah dirasmikan  oleh yang mulia  Al marhum   Ustaz Mohd.Ghazali Bin haji Hasbullah


OBJEKTIF

i.           Mendidik anak-anak dengan ilmu dan didikan Islam.
ii.          Mengajak dan mendidik masyarakat meningkatkan ilmu Islam dan mengamalkan kehidupan  Akhlaq secara Islam.


VISI & MISI

Setiap orang adalah berhak untuk mendapat Pendidikan Asas Islam secara percuma dan adalah menjadi tanggungjawab kami berusaha supaya tiada seorang pun terlepas dari ilmu agama.





Bentuk Pengajian yang disediakan (PERCUMA)

1.     Kelas Iqra / Muqaddam
2.     Kelas Fardhu ‘Ain
3.     Pengajian Al-Quran
4.     Kelas Bahasa Arab
5.     Pengajian Kitab (kuning)
6.     Pembentukan Akhlaq / Adab untuk remaja islam
7.     Kelas Bahasa Jawi
8.     Pengajian Asas Akademi
9.     Program Khatam Al-Quran sempena cuti sekolah

Ø     Pengajian dijalankan dalam bentuk sepenuh masa (berasrama) dan separuh masa.
Ø     Pengajian terbuka untuk pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 8 tahun keatas dan dibuka pada sepanjang tahun.



CARTA ORGANISASI PENGAJIAN MANIS


Penasihat:
Hj. Abdul Kadir Bin Che Mat
Mudir Am Madrasah Nusantara:
Ustaz Haji Muhammad Nan Bin Haji Abdullah

Pengerusi:
Mohd Gadafee Bin Rahmat


Naib Pengerusi         
Hjh. Hamiyah Binti Hami


Setiausaha:
Wan Laily Bin Wan Jaafar


Bendahari:
Muhammad Ilyas Bin Ridwan


AJK:
Muhammad Azizul Bin Amzah
Roslizawati Binti Abd. Kalim