NO 49. BLOK A. JALAN KUNDANG
KG MELAYU SERI KUNDANG
48050 KUANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Email : manisasian@yahoo.com
PENDAHULUAN
Kami perihatin betapa
ramainya anak-anak muslim khususnya hari ini yang keciciran ilmu dan didikan
Islam. Situasi begini mengundang pelbagai
gejala sosial dan merosakkan akhlak yang menyedihkan dan berbahaya sekali untuk
kelangsungan kehidupan di jalan kesejahteraan. Dengan keperihatinan inilah satu
institusi akan dibangunkan sedikit sebanyak dapat membantu keadaan tersebut, satu institusi yang dinamakan Pengajian Manis di tubuhkan
pada 12 Rabiulawal 1430 bersamaan 9 Mac 2009 bertempat di Bukit Lanchung, Shah
Alam dan kemudiannya berpindah ke Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Mulai
1hb Januari 2012 Pengajian Manis dengan rasminya beroperasi di No.49, Blok A,
Jalan Kundang, Kg. Melayu Sri Kundang 48050, Kuang Selangor di tanah wakaf
melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Pengajian Manis telah dirasmikan oleh yang mulia Al marhum
Ustaz Mohd.Ghazali Bin haji Hasbullah
OBJEKTIF
i.
Mendidik
anak-anak dengan ilmu dan didikan Islam.
ii.
Mengajak dan
mendidik masyarakat meningkatkan ilmu Islam dan mengamalkan kehidupan Akhlaq secara Islam.
VISI
& MISI
Setiap orang adalah berhak untuk mendapat Pendidikan
Asas Islam secara percuma dan adalah menjadi tanggungjawab kami berusaha supaya
tiada seorang pun terlepas dari ilmu agama.
Bentuk
Pengajian yang disediakan (PERCUMA)
1. Kelas Iqra / Muqaddam
2. Kelas Fardhu ‘Ain
3. Pengajian Al-Quran
4. Kelas Bahasa Arab
5. Pengajian Kitab (kuning)
6. Pembentukan Akhlaq / Adab untuk remaja islam
7. Kelas Bahasa Jawi
8. Pengajian Asas Akademi
9. Program Khatam Al-Quran sempena cuti sekolah
Ø
Pengajian
dijalankan dalam bentuk sepenuh masa (berasrama) dan separuh masa.
Ø
Pengajian
terbuka untuk pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 8 tahun keatas dan
dibuka pada sepanjang tahun.
CARTA ORGANISASI PENGAJIAN MANIS
Penasihat:
Hj. Abdul Kadir Bin Che Mat

Mudir Am Madrasah Nusantara:
Ustaz Haji Muhammad Nan
Bin Haji Abdullah

Pengerusi:
Mohd Gadafee Bin Rahmat

Naib Pengerusi
Hjh. Hamiyah Binti Hami

Setiausaha:
Wan Laily Bin Wan Jaafar

Bendahari:
Muhammad Ilyas Bin Ridwan

AJK:
Muhammad
Azizul Bin Amzah
Roslizawati Binti Abd. Kalim

